Boleh Minta Cerai Jika Suami Tidak Bertanggungjawab

Suami Tidak Bertanggungjawab

Tidak berdosa meminta cerai jika Suami Tidak Bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin serta isteri berasa berlaku kemudaratan untuk terus bersama. Ini kerana syariat mengizinkan perceraian sekiranya berlaku perkara sedemikian. Memberi nafkah zahir dan batin adalah tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami. Tetapi buatlah dengan baik dan tidak bergaduh agar kes perceraian dapat diselesaikan dengan baik.

Diatas merupakan jawab soalan daripada Muhaini Johor.

Soalan:

Ustaz, berdosa besarkah jika seorang isteri meminta cerai kerana suami tidak memberi nafkah zahir dan batin walaupun sudah banyak kali ditegur?

Tanda dapat petunjuk

Soalan
Apakah tanda-tanda kita sudah dapat petunjuk daripada solat istikharah?

Mohd. Shahril
Kepong

Jawapan
Di antara tanda tanda petunjuk istikhirah perkara yang kita minta petunjuk menjadi mudah untuk kita lakukan. Kalau kita rasa macam susah maka ia memberi petunjuk kepada kita perlu meninggalkan apa yang kita buat itu.

Menasihati kawan LGBT

Soalan
Bagaimana kita mahu menasihat kawan yang mengamalkan gaya hidup songsang (LGBT) walaupun dia solat.

Ads by Kiosked

Taufik husni
Perak

Jawapan
Perkara ini perlukan kepelbagaian nasihat seperti kaunseling, berjumpa pakar perubatan dan kadang-kadang diperingatkan dengan ancaman dan balasan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan dengan cara sedemikian dia insaf. 

Sumber: Mingguan Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال