Seorang Wanita Depression Cuba Membunuh 3 Anaknya.

ibu bunuh anak

Hari ni dunia digemparkan dengan berita tragis di mana seorang ibu cuba membunuh dengan menetak ketiga-tiga orang anaknya. Dari tiga anak, anak keduanya telahpun menjadi korban di tangan ibunya sendiri. Perbuatan itu dilakukan oleh ibu ini selepas dia menunaikan solat Subuh.

Jujur cakap saya sebagai seorang ibu amat terluka dan sedih dengan tindakan ibu ini. Tapi bila dengar perbualan dia dengan anggota polis, saya dapat rasa yang ibu ni mengalami depression yang sangat teruk hingga dapat mendengar suara yang meminta dia menamatkan hidup anak-anaknya.

Saya sendiri pernah berada duduk di tempat ibu ini pada awal tahun 2020. Saya di diagnose major depression oleh doktor pakar. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan penyayang.

Tapi saya diuji dengan hubungan persahabatan. Orang yang saya percaya menikam saya dari belakang, memfitnah saya, mengutuk saya, menghasut orang lain membenci saya. Bila saya minta penjelasan kenapa mereka memperlakukan saya sebegini mereka mengelak dan cuba melarikan diri dari saya.

Lama kelamaan saya jadi trauma dengan apa yang berlaku dalam hidup saya. Dan ketika saya depression, saya akan lebih sakit bila mengenangkan orang2 yang sudah mengkhianati saya hingga menyebabkan saya depression.

@metaranews.co Balas @bunga.12_45 penjelasan ibu yang membunuh 3 anaknya.. #OreoBantuAyah #ibununuhanak #ibugorokanak #brebes ♬ suara asli - metaranews.co
Demi Allah depression ni tersangat sakit sampai saya pernah terdetik untuk mengakhiri hidup saya. Ketika itu terdetik juga dalam hati untuk bawak anak-anak sekali supaya anak saya tak rasa sakit yang rasa. Saya taknak anak saya menderita seperti saya.

Ingat lagi saya pernah kunci Aira dalam bilik bersama saya dan saya bagitahu Aira yang saya nak hantar di ke syurga. Masa tu Aira seakan faham dengan apa yang saya cakap dia merayu menangis supaya saya melepaskan dia. Allahuakbar, masih ada iman dalam diri. Saya banyak kali istigfar. Tapi kadang seperti ada suara yang suruh saya melakukan perkara itu.

Depression is real. Sakit yang teramat sangat. Dulu aku memang memendam rasa kecewa dan marah kepada mereka yang mengkhianati aku. Tapi sekarang bila jumpa dengan pakar kaunseling dan dapatkan rawatan serta makan ubat, aku dah makin sihat. Kali ni mula betul-betul memaafkan mereka yang buat aku sakit. Betul lah bila kita mula redha dan memaafkan hidup kita akan lebih.

Belajarlah untuk menyayangi dan menghargai diri sendiri. Lepaskan masa silam. Jadikan ia pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dalam hidup. Satu lagi bila rasa diri sakit dan ada rasa nak mati segeralah ke hospital berjumpa doktor. Jangan pendam seorang diri takut nanti makan diri.

Sumber: Aifa Azlan

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال