Celoteh Pasal Perempuan Hantaran Mahal dan Kaitannya Dengan Riba.

Hantaran Mahal

Video2 perempuan yang poyo malu bila suami nak pegang tangan di majlis perkahwinan tu adalah poyo semata, dah la Hantaran Mahal.

Suami pulak komen kat tiktok, yang nak pegang dia tu saya lah. Bini pulak komen thanks sebab faham. 

Kenapa tak upload sekali video acah2 malu malam pertama tu ?

Itu semua acah2 depan kamera. Nak tunjuk apa ? Kau masih anak dara ? Kau tak pernah disentuh ? 

Kalau betul malu takdenya kau jadi anak ayam duduk atas pelamin ngan laki kau depan khalayak ramai duk tengok kau tu. 

Siap hire jurumekap, mekap bertabaruj ala jahiliah lagi. 

Tu belum cerita pengantin yang tak malu dengan Allah sampai tak solat sebab nak taknak tanggalkan mekap tu.

Siap belanja depan lelaki ajnabi berpakaian tapi telanjang.

Pastu upload pulak video ala2 poyo malu kau tu kat media sosial. Malu tapi upload. 

Arghh malu konon. Depan tiktok kau tergedik2 berjoget macam kena sawan.

.

Yang jenis pengantin masuk rumah Allah (masjid) tak hormat rumah Allah. Tak buat solat tahiyatul masjid. 

Sama jela semua ahli jemaah yang masuk masjis langsung tak hormat masjid.

Ostad2 pulak jenis merapu, siap baca doa Ya Allah Kau satukanlah 2 mempelai ni sepertimana kau satukan Yusuf dan Zulaikha. 

Dah tang mana pulak Zulaikha bersatu dengan Nabi Yusuf ? Zulaikha tu isteri orang. 

Nama Zulaikha pun takde sebut dalam al quran tu pun riwayat israeliyyat. Memandai je kau fitnah nabi.

.

Yang jenis nak wat majlis besar macam halaman rumah dia tu besar padang golf.

Mulalah pacak kanopi depan rumah jiran tanpa minta izin pun.

Halang lalu lintas orang. Padahal nabi suruh berikan hak jalan orang. 

Yang jenis biadab time azan pun masih duk memekak karoke duk main hiburan lagha tu.

Mengaji al quran dengan kuat sampai ganggu orang pun nabi larang.

Inikan duk main muzik, siap panggil artis, panggil band, nak nampak islamix panggil geng2 nasyid, geng2 qasidah.

Tak fikir ke jiran2 time cuti nak rehat. Nak nampak grand sangat pi lah buat kat dewan, kat hotel dah ala2 nak lagha sangat kan.

.

Tang mak bapak jenis main salam kaut lagilah. Sampai ada yang siap tulis buku, siapa tetamu yang hadir berapa duit yang dia kasi masa majlis nikah anak dia tu.

Buat majlis besar2, tapi semua makan minum berhutang dulu. Nak bayar nanti dengan kaut duit dari tetamu yang hadir. 

Di kad nikah awal2 lagi tulis walimatulurus maksudnya makan berbayar. Kalau free dia akan tulis majlis kesyukuran ini urf di kelantan dipanggil sebagai ngelan.

Makan sepinggan je tapi dia punya collect tu tak mau rm5, kurang2 rm10 ke rm20. Dapat rm50 ke rm100 lagi masyuk ni kan zaman inflasi makin mencekik.

Poket baju melayu sampai jahit 4 poket depan nak buh duit. Tang mak pulak siap order beg besar nak nanti buh duit ni. 

Kau siap lah kalau tak kasi duit or tak hadir jemputan, next kenduri dia takkan jemput lagi or kenduri kau nanti dia takkan pergi.

Dah nama kenduri suppose free je tapi tak free pun sebab nak bayar banyak duit majlis grand tu. 

Nak bayar pelamin, bayar band, bayar bebudak silat, bayar jurumekap, bayar photographer. So terpaksalah kaut duit orang ramai untuk nampak gah mewah. Yang betul2 berduit no problem.

Yang tang personal loan puluh2 ribu pihak lelaki buat tu tak cukup, itu baru nak bayar belanja hantaran degree tak pandai masak, tak pandai mengaji quran pihak perempuan.

Kan trend sekarang belanja hantaran tu WAJIB . Nilai berapa ikut level education dan pekerjaan. 

Kalau takdak spm murahlah around 8k dah boleh dapat, kalau kena master, phd tengoklah berapa mak pak letak mau puluh2 k. Walaupun tak pandai mengaji, tak pandai masak, solat pun tak.

Kalau si perempuan tu ada loan riba lagi mahal hantarannya. Sebab dia ada loan riba rumah, loan riba kereta, ada kad kredit lagi. Lagi2 kalau kerja gabemen lagilah mahal.

Sebab tu aku kata, lebih baik kau dapat gadis umur 18, 19 even takdak sijil pun takpe. 

Asalkan dia solat, puasa, tutup aurat, bersih dari loan riba coz biasa budak2 usia ni tak pandai lagi bedal loan riba. Unless yang jenis sambung mengaji memang standby lah dia bedal loan ptptipu.

Dia tak pandai agama takpe lagi sebagai pemimpin kau boleh ajarkan. Tapi once dia dah terjebak dengan riba, takkan kau sebagai suami nak bayarkan riba dia tu tak pepasal kau sekali terjerumus ke lembah kebinasaan.

Taubat nasuha sekalipun tetap kena bayar riba tu. Taubat pelacur, kaki togok arak tu lagi mudah, once taubat dia tinggalkan terus tiada masalah lagi moga Allah ampunkan. 

Tapi riba ni taubat air mata darah pun tetap kena buru sampai nama blacklisted mereka akan susahkan kau.

Kau nak nikah banyak lagi kau kena rempuh. Alam selepas pernikahan tu amat penting. Nasihat aku kalau jenis letak hantaran mahal2 dan jenis suka bedal loan riba ni kau abaikan saja. 

Cari yang lain perempuan bukan sekuntum atas muka bumi ni. Malah kau boleh dapat lebih muda, lebih cantik, lebih faham agama bila kau tinggalkan yang haram kerana Allah.

Tak pepasal kau bedal loan personal kerana seorang wanita. Yela seorang la dulu takkan nak terus nikah 2, 3, 4 terus. Takkan kau rela perangi Allah ? 

Once kau masukkan riba dalam hidup kau, di saat tu juga kau telah menjadi musuh Allah. Tak selamat hidup kau dunia dan akhirat. 

Tau2 lepas tu bercerai, puas hati tak kau lepas tu kau still lagi kena bayar riba personal loan kau tu. 

Hidup kau sentiasa miskin dikerjakan oleh riba. Kerja pagi petang siang malam laki bini makin memiskinkan kau dari segi keringat, harta dan masa.

Kerana nak jadi raja sehari tapi kau merana selama 10 ribu hari kerana hutang riba.

Sumber; Facebook Muhammad Ezral

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال