Ayah kepada pendakwah terkenal Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin jatuh sakit dipercayai selepas mendapat suntikan Vaksin Dos Penggalak Covid-19
Menurutnya, ayah beliau sudah lebih seminggu berada di hospital dan diserang angin ahmar pada bahagian yang sensitif di kepala selain muntah dan menjadi sangat lemah selepas mendapat vaksin dos penggalak tersebut.
“Minggu sebelum itu ada seorang anak sahabat meninggal setelah menerima dos ketiga dan beliau sebelum itu sihat.
“Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar dan keluarga beliau hanya mengatakan meninggal selepas menerima dos penggalak tersebut,” katanya menerusi hantaran di Instagram beliau.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza berkata, ada juga bakal ahli jemaah umrah yang menerima dos penggalak dikatakan tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia.
“Saya juga tidak pasti apakah punca sebenar, adakah mempunyai kaitan dengan dos penggalak ataupun cuma kebetulan,” katanya.
Dr Maza turut berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu ini dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak tersebut kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.
“Ramai yang menyebut hal ini di sosial media dan KKM kena ambil perincian setiap kes,” katanya.
Kaji Semula Vaksin Dos Penggalak
"Katanya terlalu banyak aduan yang diterima kesan muzarat selepas pengambilan Vaksin Dos Penggalak, ianya reality yang dialami dan disaksikan oleh rakyat", katanya.
Beliau turut memberi cadangan kepada KKM untuk menangguhkan dahulu Vaksin Dos Penggalak sehingga satu panduan jelas dikeluarkan siapa yang boleh dan tidak boleh ambil dos tersebut, katanya.