Jom Belajar Asas Streaming Video Yang Senang

Belajar Asas Streaming Video

Pertama kita kena faham bagaimana video disampaikan ke user. Teknologi HLS atau Mpeg DASH menggunakan teknik penyampaian video menggunakan protokol http(s) Belajar Asas Streaming Video

Video pula mempunyai fail rujukan selalunya dinamakan master.m3u8 atau playlist.m3u8. Dalam fail rujukan tersebut akan ada jujukan pula nama fail video, contohnya

250_00001.TS ( 10 saat )

250_00002.TS ( 10 saat )

250 biasanya merujuk kepada kualiti video dalam bitrate, dalam kes ini 250Kbps

00001 ialah nombor jujukan

TS ialah  extension yang merujuk keapda compressed MPEG2 video data

Setiap jujukan biasanya video yang durasi 10 saat. Jadi konsepnya ialah web server akan menhantar video TS mengikut rujukan dalam playlist.m3u8

Ianya dinamakan HTTP Streaming dan browser moden boleh play video tersebut tanpa bantuan plugin Adobe Flash.

Player Http Belajar Asas Streaming Video pula ada yang FOSS dan ada yang berbayar. 

Secara amnya, kita nak player yang boleh

- stream HLS m3u8

- basic controls

- adaptive bitrate switching

Netflix plan RM33/month kalau anda nak tahu, hanya Belajar Asas Streaming Video  kualiti 540p ( 600Kbps ) sahaja, plan lagi mahal baru ada multi bitrate sehingga 4K.

Jadi kat sini kita boleh merancang untuk penyediaan bahan video sama ada nak multi bitrate atau single bitrate.

Sewaktu fasa development , kita boleh sekalikan web server untuk App dan serving Video, tapi untuk Production, sebaiknya di asingkan.

Contohnya kita buat satu instance khas di AWS dengan RAM yang tinggi running Linux dan NGINX untuk serve fail video. Atau jika nak bermain-main dengan DIY CDN guna NGINX , boleh set up Master Slave CDN design dahulu.

1 server medium spec di AWS, dengan mudah melayan 20,000 concurrent devices, dan biasa VOD baru nak up, nak capai 100 pun payah. Jadi serving VOD di AWS baik bermula dengan skala yang kecil.

Kesimpulannya, saya boleh buat sistem VOD tanpa perlu untuk subscribe lesen streaming server, dan boleh guna web server sedia ada, tapi performance ibarat macam guna streaming server.

Topik lain, saya akan share bagaimana nak lindungi video dengan secret rotating keys.

Sumber: Azril Nazli Alias (post @Programming Laman Web + UI/UX)

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال