Kos Perbelanjaan Isi Rumah Tangga Semakin meningakat 2022

Kos sara hidup Perbelanjaan Isi Rumah Tangga di Malaysia dikatakan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa nilai gaji yang diterima di Malaysia juga adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain. Kenyataan ini dibuktikan melalui data yang dikeluarkan oleh International Labour Organisation (ILO) melalui laman BBC. Data tersebut menunjukkan perbandingan nilai gaji antara 72 buah Negara di dunia di mana kedudukan Malaysia dihimpit antara negara Belarus dan Botswana dan menduduki tangga ke-45 seperti dalam rajah di bawah.


Kos Perbelanjaan Isi Rumah Tangga  RM1200 Sebulan

Bergantung kepada jumlah ahli keluarga Perbelanjaan Isi Rumah Tangga, belanja kos bahan mentah mingguan akan berbeza-beza, dalam pengalaman penulis seperti gambar RM 300 seminggu maka anggarannya RM1200 sebulan.  Itu belum masuk bil-bil utilities dan lain-lain. 

Perbelanjaan Isi Rumah Tangga

Perbelanjaan Isi Rumah Tangga

Jika dahulu, ramai yang tidak atau 'malas' untuk membuat unjuran dan catatan kira-kira perbelanjaan. Kini dinasihatkan untuk mula lebih rajin dan berhemah berbelanja dengan membuat catatan jelas dan kira-kira agar di hujung bulan, kita tidak sesak dan terpaksa meminjam. 

Juga untuk memastikan kita tahu mana yang mampu dibeli dalam bulan tersebut dan mana yang belum mampu. Pengurusan perbelanjaan ini mungkin remeh tetapi ia sangat bagus menerapkan minda yang peka dan menambah skill merancang dalam diri. 


Kena Jaga Cash Flow Perbelanjaan Isi Rumah Tangga

Ia merupakan salah satu elemen utama dalam ilmu 'CASH FLOW' atau 'Aliran Tunai', yang juga merupakan asas penting dalam pengruusan bisnes dan syarikat. Banyak syarikat 'bungkus' kerana tidak uruskan cashflow dengan betul (antara faktor). Ye, kemahiran ilmu CASH FLOW ini boleh jadi skill yang berharga untuk memulakan bisnes atau dipraktiskan di dalam banyak organisasi. 

Jom belajar lagi berkenaan urus hutang dan tambah lagi dengan elemen halal haram agar urusan kewangan lebih diberkati. Ikuti kursus selama 11 jam yang boleh diikuti pada masa anda dan bila-bila masa. 


Berhubung Dengan Saya:

Website: Mycourse.my

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sertai group saya
https://t.me/DrZaharuddinGroup

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال