Kalau nak banteras Loan Riba kena buka Bank dulu ? Yang dia menganjing tu sebenarnya siapa ? Yang haramkan riba tu Allah bukan ajk masjid. Jawabnya pencegah maksiat zina kena jadi bapak ayam versi islamix dulu ke ?
Nak cegah judi kena buka islamix casino dulu ke ? Nak jadi bapak ayam versi islamix kena buat aqad nikah dulu ? Cuba lepas ni lantik panel syariah untuk islamisasikan zina ni. Buatlah style syiah nikah mut'ah akad nikah kontrak untuk halalkan zina tu. Lepas berzina ceraikanlah pelacur tu. Jangan panggil zina, panggil je jimak halal, hubungan intim. Kalau ada yang kata ini haram, kan ada aqad nikah dulu tu.
Samalah islamix beng jangan panggil pinjaman tapi panggil pembiayaan, financing. Guna istilah2 arabic like gharamah ta'widh, bai bithamin ajil, bai inah, murabah, mudharabah, wadiah, al.ijarah tsumma bai and so on, makin bingung si jahil2 ni lagi bagus.
Biar mereka tak faham sepertimana kata Henry Ford biar depa tak faham bagaimana bank beroperasi.
Kau ingat semudah itu ke untuk menipu Rabb sekalian alam? Gerak kerja kau ni, yahudi dah lama dulu buat bila Allah larang memukat ikan pada hari Sabtu tapi dia pi tahan hari jumaat dan angkat pukat tu pada hari ahad.
So depa fikir depa berjaya menipu Allah sebab mereka tak bekerja pada hari sabtu. Padahal pukat tu still berjalan walaupun mereka tiada di situ.
Hebat geng2 ni habis dia tolong fikir pasal costing bank. Sewa bangunan, gaji staff padahal bank bedal riba sedap2 je depa kena bayar.
Tak kiralah ostad ke ostajah ke tetap kena bayar riba bila dah bedal rumah, kereta, kad kredit, personal loan, and so on.
Tapi masih ada yang tukang bekap lagi. Padahal beng tu dah buat untung melalui riba tu dah berapa kali billion lipat. Dari takde pape just taip angka dalam mesin je dapat kat dia rumah, kereta bila orang tak bayar boleh tarik padahal start dari nothing.
Takkanlah pusat judi tu jadi halal disebabkan dia nak kena bayar sewa bangunan, gaji staff, api air ? Mudahnya merubah hukum Allah.
Lepas ni mudahlah kan, tak mampu nak bernikah pergi je berzina alasannya sebab tak mampu nak bernikah.
Samalah umat sekarang tak mampu nak pakai kereta pergi bedal loan riba kereta. Bayar downpayment 10k ambil kereta baru. Walhal kereta 2nd harga 10k berlambak2 boleh pakai.
Yang haramkan Loan Riba ni Allah. Dia rela jugak berperang dengan Allah kerana tak tahan dengan ujian dunia seketika ni.
Lagi satu kan geng2 ni suka bagi hujah tak cerdik yang menunjukkan diri takdak ilmu tu pun pi cedok kat ostad yang gemar bedal riba.
Hujahnya islamix beng ni seperti aqad nikah berbeza dengan zina. Yang membezakan adalah aqad.
Hujah ni aku dah lama jawab. Dah lapuk pun tapi still berlegar lagi.
Sumber; Dari facebook Muhammad Ezral