Setelah berlaku kekecohan di Plaza Tol apabila SmarTAG dihapuskan dan diganti dengan RFID, ramai yang bertanya siapakah di belakang RFID. RFID mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan menjalani proses percubaan dan umum tahu sambutan tak berapa walaupun pada mulanya diberi secara percuma.
Banyak sebab kenapa ramai mengekalkan SmartTAG dan antara penyebab ianya boleh digunakan pada banyak secara bergilir, RFID selalu sangkut kerana teknologi lama dan pelekat mudah rosak.
Tiba-tiba secara mengejut pada tahun lepas ianya muncul semula dengan tindakan drastik untuk ditukar daripada SmartTAG. Jelas pada hari pertama dibuat kebimbangan rakyat adalah benar apabila berlaku huru-hara.
Di Belakang RFID yang di gunakan oleh Plus terbahagi kepada 2
Hardware & Software dan E-wallet yang berkaitan pembayaran. Hardware dan Software yang merupakan punca masalah dibekalkan oleh syarikat SMTrack Sdn Bhd. Syarikat menjalankan perniagaan berkaitan di belakang RFID dengan mereka bentuk, mengaktifkan dan mengedar.
Pada 26 Julai 2021 berlaku kejutan di Bursa saham apabila saham syarikat ini melonjak 50% dari 9.5 sen kepada 12 sen dengan jumlah dagangan melibatkan jumlah dagangan 84 juta unit saham. Rupa-rupanya pada hari tersebut Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif yang juga Menantu Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam masa yang sama syarikat ini juga mendapat projek dari Digital National Berhad (DNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dalam 5G Malaysia.
Dalam masa yang sama SMTrack juga di pilih di Malaysia sebagai satu-satunya syarikat untuk membuat perancangan dan memimpin negara dalam reknologi pendigitalan dalam tenologi digital e-wallet melalui telefon bimbit. Secara jelas syarikat SMTrack telah mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Malaysia.
Dalam masa yang sama jutawan hartanah Country Height Holding Tan Sri Lee Kim Yew pada 29 Disember 2021 telah mengambil alih 28.5 juta saham dalam SMTrack atau 5.051% pegangan.
Jelas kepada kita tindakan mengantikan SmarTAG ke RFID mempunyai kaitan secara langsung dengan kepentingan politik pihak tertentu.
Sumber; Facebook Omar Mat Noor