Garam Iodine putih terlalu banyak pemprosesan sampai terhakis sudah hampir 84 mineral sihat yang ada dalam kandungan garam bukit atau garam laut asli. Berubahlah sekarang sebelum anda kena penyakit yang lebih teruk.
Salah satu langkah ke arah kehidupan sihat, tukarlah ia dengan garam bukit atau garam laut asli. InsyaAllah ini pilihan yang lebih baik.
Pottasium Garam iodide. Salah satu bahan aditif yang ditambah ke dalam garam putih.
Alkisahnya, dulu-dulu ianya ditambah atas sebab nak kurangkan penyakit iodine deficiency. Yelah, garam kan bahan wajib ditambah dalam setiap makanan. Jadi, masalah penyakit kekurangan iodine secara tak langsung dapat dikurangkan dengan pengambilan 'garam.
Kenapa ditambah Garam Iodine
Sebab hampir hilang semua mineral dalam garam asli kerana pemprosesan yang 'melampau' tu. Elok-elok je Allah cipta garam asli ada kandungan iodine, disingkirkan yang natural, ditambah yang sintetik. Oh dunia.
Sintetik iodine sebegini sebenarnya membawa masalah pada kesihatan. Risiko terlebih iodine tak mustahil boleh berlaku. Semua makanan ada garam, hatta cekodok pisang manis pun letak garam nak bagi rasa 'lemak' kan. Jadi, yang asalnya tadi nak merawat tu sebenarnya betul ke tidak?
Terlebih sintetik iodine, boleh menyebabkan berlakunya masalah pada kelenjar tiroid. Hampir 75% iodine disimpan di kelenjar tiroid dan ianya menghasilkan hormon untuk membantu metabolisma badan. Maka, secara tidak langsung ia akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan masalah imuniti dan metabolisma badan.
Apabila pottasium iodide ditambah, bahan wajib berpasang dengannya adalah gula dekstrosa yang akan bertindak sebagai stabilizer. Maka, bila kita ambil garam putih, hakikatnya kita tengah ambil gula juga ya! Dah jadi '2 in 1' bahan tak sihat dalam makanan kita. Huh.
Ini baru satu aditif je. Dah beri kesan sampai menganggu sistem badan. Ada lagi yang Ummi tak sebut di sini ya.
Pilihan di tangan kita, untuk memilih yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita berjuang ya ibu-ibu.
Sama kita boleh baca di sini ya.