Pengakuan Daripada Pesakit GERD, Tindakan, Amalan Pulih

Penyakit Gerd

Jangan percaya bulat-bulat apa yang aku cakap, tapi cari jalan untuk berikhtiar daripada Penyakit GERD. Ini sekedar satu perkongsian . Cerita nie agak panjang tapi aku cuba simpulkan.

Aku mula alami benda GERD lebih kurang 7 tahun lepas. Di Kuala Lumpur, masa tu tak tau pun apa jenis atau nama penyakit ini. Malam minggu la katakan,mmg tak tidur.Dekat nak subuh baru baring2 sekejap tiba2 rasa tak blh bernafas. Bangun cuba jalan2 dan lompat2. Telinga mula bunyi berdesing persis kita naik di tempat tinggi. Siapa pernah panjat gunung pasti tahu.Kebetulan itu memang hobi aku.

Gejala yang selalu penyakit GERD Alami

Serentak dgn itu kaki pula rasa kebas. Rasa kebas tu plk mcm berjalan. Dari kaki dia naik sampai ke dada. Memang panik dan takut sgt2. Dalam hati mmg ingat mati. Mcm2 bnd negatif dtg dlm fikiran. Terfikir yg org nk mati nyawa tu diambil bermula dari kaki la,mcm2. Dalam hati berkata bila kebas tu sampai ke kepala mesti aku mati. Mmg rasa btl2 insaf la masa tu. Airmata menitis pun tak sedar. Teringat orgtua dikmpg. Tgk dan ambil tlfn tp nk tlfn risau diorg fikir yg bukan2 pula. Aku mmg tak pnh telefon orang tua awal pagi mcm tu. Apa lagi waktu di Indonesia lewat 1 jam berbanding Malaysia.

Dah tak tahu apa nak buat aku pergi mandi. Rupanya bila kena air nafas makin semput GERD pun bertambah. Badan dari kaki smpi kepala mmg dah sejuk macam mayat. Ambil minyak angin aku sapu seluruh badan. Tp minyak yg sepatutnya panas tak rasa apa2.

Last sekali aku kejut member dlm bilik. Aku ckp tolong aku,aku dah nak mati. Dia blh plak gelak ckp aku gila la apa. Tp aku faham sbb aku bukan kelihatan seperti orang sakit. Dia suruh aku tenang. Dia ambilkan air bagi aku minum. Lepas tu dia urut picit satu badan.

Lepas tu dia kerok ( gores ) bklg aku dgn duit syiling.Kerok ni Org indo biasa buat untuk keluarkan angin dari badan. Sblm kerok sapu minyak angin dahulu. Kalau ada kesan berbirat merah slps di kerok itu tndnya mmg ada angin dlm badan. Slps dipicit dan dikerok2 tu baru aku rasa selesa ckit. Mmg rasa lega sngt2. Seperti mati hidup semula.

Masuk hospital sebab Sakit GERD

Pagi dah cerah ckit kwn bawa pergi hospital Serdang. Mcm2 pula doktor tanya. Di syaknya aku halusinasi. Tanya aku ada ambil dadah dan lain2. Dah cek darah, jantung katanya semua ok.

Bermula hari tu asal petang je perasaan dan penyakit GERD tu pasti datang. Macam2 ubat aku mkn tak kira research sendiri atau tanya org. Bomoh pawang pun aku pergi smpi Kelantan. Last sekali ( kurg lebih 3 tahun lepas ) aku jumpa bomoh perempuan di Kelantan. Tiba2 dia seru tok Sheikh dari Jawa katanya. Dia pegang tapak kaki aku katanya mcm ada duri / paku. Dia kata aku kena santau. Aku tak kisah atau percaya pun apa yg dia ckp. Yg penting aku cuma nak berubat. Seminggu juga diklntn sebab nak kena mandi bunga 2x selang 3 hari.

Penyakit GERD beransur pulih

Alhmdulillah..dengan izin Allah lepas berubat degan kakak tu aku beransur2 baik. Walaupun kadang2 sekali sekala penyakit tu datang balik, aku blh kawal sbb dah terbiasa dgn karenah dia. Bagi aku pgalaman aku ubat plg mujarab utk pyakit mcm kita ni adalah diri kita sendiri. Paling penting jangan suka bersedih. Kuatkan semangat zahir batin. Jaga pemakanan. Awal akhir berserah kpd Tuhan. Terima kasih.

Sumber; Group Facebook Gastrik Gerd Dan Anxiety Malaysia Post by: (Wahyu Wahyu)

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال