Siapa yang betul, Imam Masjid Atau Budak Curi Tabung Masjid

Budak curi tabung masjid

Benar ini zaman fitnah. Tak tahu mana yang betul mana yang salah. Allahu akbar rupanya kisah yang viral semalam Budak Curi Tabung Masjid berlaku dekat dengan rumah awan. Masjid yang terlibat di Kuang. 

Dalam group komuniti ada yang bertanya tentang adik nie. Rupanya salah sorang kawan kepada anak imam yang mandikan adik nie dengan cara mandi jenazah tampil cerita keadaan yang sebenar.

Imam tu sendiri halang budak nie dibelasah. Tapi nak bagi pengajaran dan kesedaran dengan cara mandi jenazah. Atuk budak nie sendiri bagitahu nak kena parang sebab budak nie nak mintak duett nak amek syabu. 

Allahu akbar.

Ku terfikir² kenapa imam tu bertindak sebegitu sekali??? Sampai mandikan Budak Curi Tabung Masjid dengan mandi jenazah.

 

Sampai pukul² getah paip tu di muka budak tu? Kalau benar apa yang diceritakan di komen bawah nie, Memang wajarlah imam tu bertindak sedemikian. Niat untuk memberi kesedaran buat budak tu.

Budak Curi Tabung Masjid. Ya Allah ini zaman fitnah.

Harus dengar kedua² belah pihak baru tahu hujung pangkal. Yang viral hanya kisah adik tu kenapa mencuri. Tapi belum nampak viral kenapa imam tu bertindak sedemikian rupa.

Ramai kawan facebook awan yang share marahkan imam tu.

Niat awan post nie untuk sama² kita ambil iktibar walau apa yang kita nampak dan viral dan jelas nampak 'kebenarannya' belum tentu benar dan sahih. Awan hanya kongsikan maklumat yang diterima dari orang kampung. Wallahualam.

Jagalah lisan dari menilai dan menjatuhkan hukum takut kita terpalit dengan saham dosa berpanjangan akibat tulisan kita sendiri.

Ya Allah lindungi kami dari fitnah kehidupan dunia, Ya Allah lindungi kami dari fitnah azab kubur, Ya Allah lindungi kami dari azab api neraka jahannam, Ya Allah lindungi kami dari fitnah Masih Dajjal.


Salam Jumaat sahabat syurga.

Moga Allah lindungi kita dari fitnah² akhir zaman yang dahsyat Jangan tinggal Kahfi 10 awal dan 10 akhir setiap hari. Jangan tinggal doa fitnah dajjal yang dibaca sebelum beri salam selepas tahiyat akhir.

Nanti mudah²an Allah bantu permudahkan melalui liku2 perjalanan di akhir zaman.

Saya tak sebelahkan sapa². 

Saya kongsikan post nie dengan niat supaya kita berhati² dalam berkongsi dan menulis yang tidak baik walau pada sesiapa pun. Sebab kita takde kat tempat kejadian dan tak tahu hujung pangkal.

Budak Curi tabung Masjid

Budak curi tabung masjid

Budak Curi Tabung Masjid

Budak Curi Tabung Masjid


Sumber; Facebook Awan Najwa

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال