Kunyit Bantu Masalah GERD, Usus dan Jantung

Kunyit Gerd

KUNYIT Bantu Masalah GERD, Usus dan Jantung. Kunyit mengandungi curcumin yang bertindak sebagai antioksidan, anti-radang dan bantu atasi masalah GERD dan usus

Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir.
Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, gunakan kunyit (sebesar ibu jari), ketuk, campur sedikit serbuk lada hitam dan segelas air panas. Serbuk lada hitam diperlukan untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat ke dalam darah.
Kunyit juga boleh dimasak bersama sedikit asam jawa. Asam jawa diperlukan untuk elakkan bahan khasiat kunyit jadi rosak.
Terdapat kajian menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40%
Kunyit juga bantu masalah jantung. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari dapat kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%.
Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan (darah susah berhenti).
Elakkan juga ambil terlalu banyak kunyit kerana dapat meningkatkan risiko batu ginjal.

Cara kerja kunyit Bekerja untuk mengatasi Masalah Gerd

Sebagian besar manfaat Kunyit untuka anti radang dan anti oksida yang terkandung di dalamnya. Diperingkat perubatan tradisional China misalnya, berbagai zat inilah yang membantu meredakan pedih perut, melancarkan haid, dan menjaga fungsi hati.

Kunyit juga kaya dengan bahan aktif  yang disebut Kurkumin. Selain bekerja sebagai anti oksida, zat ini pun mampu berperan sebagai antivirus, anti bakteria, dan bahkan anti kanser yang kuat.

Kunyit Gerd



Risiko mengamalkan kunyit untuk Penyakit Gerd

Kunyit dapat menurunkan gula dalam darah, menurunkan tekanan darah tinggi, dan mencairkan darah. Oleh sebab itu, berhati-hati mengamalkan kunyit jika Anda sedang mengamalkan Ubat cairkan darah atau ingin menjalani operasi.

Jangan mengamalkan kunyit dalam jumlah yang berlebihan. Amalkan kunyit dalam jangka masa yang panjang atau dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko gangguan pencernaan, mual, dan cirit birit. Beberapa orang bahkan mengalami gejala GERD yang lebih teruk.

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال