Sedikit cerita pengalaman Beli Rumah peribadi saya (Arif Muazzim Abdul Rahman). Saya juga peguam hartanah. Banyak kes saya handle harga hartanah lebih rendah daripada harga asal owner Beli. Bukan setakat lebih rendah daripada harga pasaran.
Ada kes owner beli rumah 15 tahun lepas berharga 80k. Lepas 15 tahun ia hanya dapat dijual pada harga 54k sahaja.
Kes terbaru adalah pada hujung tahun lepas. Owner beli harga 100k pada 20 tahun lepas. Selepas 20 tahun ia hanya dapat dijual pada harga 80k. Sedangkan dia dah habis bayar bank lebih 200k termasuk riba bagi hartanah tersebut.
Harga 80k tersebut adalah berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian Hartanah sendiri.
Ini tak termasuk hartanah yang langsung tak laku atau terbengkalai. Walhal hutang bank sudah habis dibayar termasuk ribanya. Projek terbengkalai tapi hutang tetap kena bayar.
Beli Rumah 80k? Apa Kata mereka?
P/S: Fakta menarik. Pemaju buat loan dengan bank dan bank kenakan riba atas loan yang dibuat oleh pemaju untuk buat projek hartanah.
Kemudian bank kenakan pula riba kepada loan orang yang beli hartanah daripada pemaju tu.
Makan keliling orang planet namek kata.