Jawab issue pasal pakai kereta estima duduk rumah sewa "Patutlah pakat galak bedal loan riba rumah, kereta, personal loan, kad kredit. Disebabkan falsampah ni lah ramai umat islam termasuk ostad ostajah pi bedal riba"
Pakai kereta murah malu, takut selalu rosak rupa2 baru je keluar kereta loan riba tengok2 kemalangan total lost. Malu rumah sewa tapi tak malu bedal rumah loan riba sampai berperang dengan Allah dan Rasul.
Tu belum lagi cerita tang mak bapak yang layan anak lebih kurang je disebabkan jurang hidup.
Anak A pakai kereta mewah riba, rumah riba. Anak B pakai wira cash, rumah sewa tengoklah layanan camne.
Kalau yang pakai kereta mewah riba tu dia buat cam raja. Nak pijak kepala dia pun takpe.
Pastu mulalah duk compare tengok kaklong hang tu rumah bedal riba, kereta mewah riba, hang pulak duk pakai kereta buruk ni je, rumah pulak menyewa je sampai mampos.
Bilalah nak bedal riba nak lawan Allah cam kaklong hang tu ?
Mak pak pulak duk gila nak tayang anak2 depan jiran2. Malulah diaorang kalau anak pakai kancil, wira je. Jiran2 pulak anak2 semua bedal kereta loan riba at least hondo ke.
Ada pulak jenis adik beradik haprak, yang tang kaklong balik raya pakai hellfire riba, tengok jela dia punya lagak jilake tu pandang hina je kat adik2 yang pakai kereta cash buruk2 je.
Sedangkan dialah teramat hina di sisi Allah kerana berperang dengan Allah dan Rasul demi dunia yang fana ni.
Dunia ni penjara bagi mukmin, dan syurga buat penderhaka.
Belum dajjal datang lagi tu, baru geng2 sesama keluarga dah wujud kasta hingga bedal loan riba untuk hilang rasa kemaluan tu.
Halal haram apa dah tak peduli.
Tinggalkanlah yang haram meskipun esok kau tak tahu nak makan apa. Allah ar razzaq. Yakinlah 100% tanpa syak.
Sumber; Muhammad Ezral