Ada Berani Mandi Jenazah Untuk Najib Razak

Mandi Jenazah Najib

Saya tak pernah didakwa atau dijatuhkan hukum mencuri atau merompak (Mandi Jenazah Najib). Saya dihukum atas dakwaan salah guna kuasa sebab saya terlibat dalam mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC pada tahun 2011.

Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukan kertas kabinet tersebut.
Namun bulan lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.
Bagaimanapun hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.
PH juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ianya melibatkan dana besar yang disorok di luar negara.
Akibat mesyuarat kabinet tahun 2011 itu, saya juga didakwa dan dihukum sebab saya dikatakan melanggar akta AMLA pada tahun 2014 dan 2015 setelah RM42 juta dari SRC dimasukkan dalam akaun saya tanpa pengetahuan saya di mana saya tidak pernah meminta atau mengarahkan.
(Tidak pernah dijelaskan kenapa saya perlu tunggu 4 hingga 5 tahun untuk "mencuri" dana tersebut)
Saya tidak pernah didakwa mencuri atau merompak. Tak sama dengan kes Guan Eng yang didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan - Criminal Misappropriation of property.
Saya didakwa dan dihukum bawah AMLA - iaitu pengubahan wang haram apabila dana yang dikatakan haram keluar dan masuk akaun saya.
Bukan curi dan rompak sebab wang bukannya untuk kegunaan peribadi saya atau keluarga.
Semasa menjatuhkan hukuman, hakim juga kata bahawa dana RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah.
Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?
Malah, perbicaraan mahkamah juga telah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta adalah kemasukan dana daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang juga saya telah gunakan untuk kerja CSR dan sedekah.
Kenapa pula saya nak curi RM42 juta sekiranya yang RM642 juta pula yang saya boleh guna bagi peribadi sendiri, saya juga belanja untuk CSR dan sedekah?
Daripada dana RM642 juta inilah yang saya pernah difitnah meggunakan RM60 juta untuk shopping di Jakel walaupun ianya untuk tujuan ini:
"Ingin kami jelaskan bahawa urusniaga terbabit adalah berdasarkan pesanan yang kami terima dari mantan Perdana Menteri dan juga dari pejabat mantan Perdana Menteri ("PMO") tersebut untuk Jakel membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan oleh beliau dan PMO (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu masjid, dan juga bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014). Transaksi-transaksi tersebut berlaku sebelum sebarang isu berkaitan dengan 1MDB timbul dalam pengetahuan kami."
Ya, saya sedekah ke semua masjid-masjid dalam negara untuk 4 tahun berturut-turut.
Bukan curi daripada tabung Masjid.
Tapi point yang paling penting yang Atok pernah bangkitkan ialah wang didapati masuk ke akaun saya tapi satu sen
Orang yang berniat nak curi tidak akan masukkan dana tersebut ke dalam akaun atas nama sendiri di Malaysia
Lebih-lebih lagi ialah perbicaraan mahkamah juga membuktikan ianya seorang bekas gabenor BNM yang nasihat saya untuk buka akaun bawah nama sendiri dana.
Ketika akaun dibuka, saya juga arahkan bekas gabenor untuk memantau akaun saya pada tahun 2010 untuk pastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaun saya.
Malangnya, bekas gabenor tidak lakukan itu.
Lagi malang ialah SPRM telah mengesahkan keluarga bekas gabenor tersebut telah lama berususan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.
Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyi oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia - seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021.
Bagaimanapun, hakim sekali lagi tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.
PH juga senyap dengan pendedahan ini walaupun ini melibatkan bekas gabenor yang turut dilantik PH sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (atau lebih dikenali sebagai Majlis orang tua-tua) dan juga pengerusi PNB yang memegang aset bernilai lebih RM340 bilion.
Saya pelik kenapa PH tak mahu ambil tahu hal ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال