Cerita bab pencuri dalam kampung ni kalau kau nak tahu kau kena tanya penduduk kampung tu sendiri.
Mereka lebih kenal siapa pencuri dalam kampung tu.
Biasanya geng2 penagih dadah lah. Yang memang sentiasa ada record jenayah lampau.
Ada berlaku dalam 1 kampung ni.
Dia ibu tunggal. Penat lelah dia berniaga besarkan anak2.
Dapat kat si penagih ni habis barang2 dalam kedai dia kebas. Sampai wayar2 elektrik dalam kedai tu habis dia rembat.
Penat akak ni kumpul modal nak berniaga. Hiba dan sedih dia ceritakan kisah ni. Income yang dapat pun berapa lah sangat.
Nak kumpul balik modal bukan senang tapi hilang je dalam sekelip mata.
Orang yang sama je mencuri. Lepas kena tangkap, lepas dia mencuri lagi.
Bukan setakat akak ni kena bahkan ramai lagi orang sekeliling kena pecah masuk dalam rumah mereka.
Sampai orang terlalu marah hingga doakan bilalah dia nak mati.
Jenis budak dadah ni usah kata pecah masuk rumah orang, barang2 keluarga sendiri pun dia rembat.
Hatta keluarga sendiri pun dia sanggup cederakan kalau tak bagi apa yang dia nak.
.
Ramai aku tengok netizen membela pencuri tu.
Korang tak rasa apa yang mangsa rasa cuba lepas ni korang pulak kena takdenya kau redha harta2 kau dikebas.
Duit orang ramai ada dalam masjid tu. Walaupun tak sempat mencuri, tapi tu bukan 1st attempt pun.
Sejahat2 manusia mencuri, dalam rumah Allah dia pergi mencuri itu memang level jahat murokkab.
Sedap je korang bela si pencuri ni. Siap tolong bayar denda buat si pencuri ni.
Ramai yang kata mengaibkan si pencuri tu bila imam mandikan pencuri tu bagaikan jenazah.
Siap suruh pencuri tu saman pulak imam dan pihak masjid yang terlibat.
Tapi yang peliknya kalau orang pukul si pencuri tu ramai pulak yang sokong sebelum dihantar ke balai polis.
Hukuman mandikan pencuri tu lebih ringan berbanding dia kena pukul beramai2.
Aku bukan nak bela imam masjid tu pun walaupun aku sendiri banyak benda tak setuju dengan pentadbiran masjid.
Kalau tak setuju mandikan dia, tak perlu nak backup kemungkaran.
Perbuatannya tetap haram konon nak beli ubat atuknya.
Kau percaya kat pencuri kau memang bodoh.
Mencuri ni dah level atas lagi pada membohong. Bila dia expert mencuri maknanya dia lagi expert membohong.
Siakap senohong gelama duri, lama2 berbohong nanti jadi menteri eh silap jadi pencuri.
Sumber dari Facebook: Muhammad Ezral