Jika anda berminat untuk membangunkan (Rangka Komputer) sebuah komputer desktop dengan rekaan yang kecil ataupun besar, dengan penyejukan cecair ataupun udara, Cooler Master hari ini memperkenalkan sejumlah rangka komputer yang membolehkan anda membina komputer idaman anda.
Bermula dengan siri Cooler Master N200P, siri rangka komputer ini terdiri daripada N200P Max, yang merupakan model pertama dalam siri rangka Max mereka, yang mana ia adalah sebuah rangka komputer mini ITX yang hadir dengan sistem penyejukan cecair dan juga bekalan kuasa bersaiz SFF (small form factor) yang dibina khusus untuk rangka ini.
Walaupun rangka komputer ini hadir dengan rekaan kecil, rekaannya menjanjikan bahawa anda masih boleh memuatkan sebuah kad grafik bersaiz penuh kedalam komputer ini menggunakan penyesuai kabel PCIe, dan boleh memuatkan beberapa kipas penyejuk tambahan untuk menyejukkan komponen-komponen dalam komputer ini.
Jika anda mahukan sebuah rangka kecil yang mempunyai rekaan warna yang lebih ranggi, Cooler Master N200P Color mungkin untuk anda. Ia adalah rangka N200P yang sama seperti model sebelum ini, cuma berbanding dengan model Max, ia tidak hadir dengan sistem penyejuk dan bekalan kuasa terbina.
Rangka Komputer Baru Yang Lebih Mengancam Berwana-warni
Keunikan rangka komputer ini hadir melalui pilihan warna yang ditawarkan Cooler Master. Ia termasuklah Flamingo Pink, Caribbean Blue, Sunset Orange dan Nightshade Purple.
Beralih kepada Cooler Master TD300 Mesh, rangka komputer ini adalah untuk anda yang mahu membina sebuah komputer bersaiz micro-ATX yang merupakan model lebih kecil daripada TD500 yang dilancarkan sebelum ini.
Ia juga mempunyai rekaan Rngka Komputer yang berkontur baru
Hadir dengan sejumlah kipas penyejuk yang boleh mengalirkan udara kedalam komputer untuk membantu dengan penyejukan komponen-komponen anda, dan juga mengalirkan haba keluar daripada rangka komputer anda.
Sama seperti banyak komputer-komputer moden, ia juga hadir dengan panel tepi yang diperbuat daripada gelas terbaja (tempered glass) yang membolehkan anda melihat binaan dalaman komputer anda dengan jelas.
Jika sebuah komputer yang lebih besar suatu keinginan anda, anda boleh memilih untuk mendapatkan Masterbox 500. Ia boleh memuatkan papan induk bersaiz sehingga E-ATX, dan hadir dengan ruangan luas untuk pelbagai jenis sistem penyejuk, dan lebih menarik lagi, rangka ini boleh dibuka tanpa perlu menggunakan sebarang peralatan seperti pemutar skru, menjadikannya sangat mudah untuk digunakan.
Tidak kira jika anda mahu membangunkan sebuah komputer yang menggunakan sistem penyejukan cecair khusus, ataupun penyejuk udara gergasi, rangka ini mempunyai ruang untuk pelbagai jenis binaan yang menarik bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda.
- Cooler Master N200P MAX – RM1499
- Cooler Master N200P Color – RM439
- Cooler Master TD300 – RM299
- Cooler Master Masterbox 500 – RM349
- Cooler Master HAF 500 – RM499
Ia juga mempunyai rekaan Rngka Komputer yang berkontur baru
ReplyDelete