14 Tanda Awal Anda Kena GERD dan Cara Mengatasinya.

cara mengatasi GERD

Penyakit refluks gastroesofageal atau dipanggil asid refluks (cara mengatasi GERD) berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus – tiub yang menghubungkan tekak dan bahagian perut anda. Keadaan ini boleh merengsakan lapisan esofagus dalam tubuh.


Umumnya, dalam proses pencernaan normal, terdapat satu lingkaran otot dikenali sebagai sfinkter esofagus bawah (LES) – terbuka untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut.


Kemudiannya, ia akan tertutup untuk menghalang makanan dan jus perut berasid daripada mengalir kembali ke bahagian esofagus.


Namun, bagi individu dengan masalah cara mengatasi GERD, LES menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi sebaiknya.


Keadaan itu sekali gus membolehkan kandungan perut mengalir dan naik ke semula ke tekak.


Tetapi, adakah simptom penyakit refluks gastroesofageal hanya apabila asid dalam perut naik ke tekak atau terdapat tanda-tanda yang lain? Sebelum tahu cara hilangkan asid dalam perut, kenal dulu petandanya.


cara mengatasi GERD



Risiko mengalami asid refluks dan cara mengatasi GERD


Sebelum kita mengetahui tanda tanda GERD yang lain dan cara hilangkan asid dalam perut, berikut merupakan keadaan yang boleh meningkatkan risiko asid refluks:


  • Kegemukan
  • Kehamilan
  • Hernia hiatal
  • Gangguan tisu penghubung

Amalan gaya hidup juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko GERD, seperti:


  • Tabiat merokok
  • Pengambilan makanan terlalu banyak
  • Berbaring atau tidur sejurus selepas makan
  • Pengambilan makanan tertentu, seperti makanan bergoreng atau makanan pedas
  • Pengambilan minuman tertentu seperti soda, kopi atau alkohol
  • Penggunaan ubat antiradang bukan steroid (NSAIDS) seperti aspirin atau ibuprofen

Tanda Awal GERD dan Cara hilangkan asid Reflux


Simptom utama bagi penyakit ini adalah pedih ulu hati.

Apabila mengalami situasi di mana asid dalam perut naik ke tekak, anda akan berasa tidak selesa pada bahagian dada seperti sensasi terbakar.

Ia biasanya akan menjadi lebih teruk apabila seseorang itu berbaring, membongkok mahupun selepas pengambilan sebarang hidangan makanan.

Pun begitu, tidak semua individu dengan penyakit asid refluks mengalami pedih ulu hati.

Antara tanda-tanda Awal yang lain adalah:


  1. Sakit dada.
  2. Loya atau muntah.
  3. Nafas berbau.
  4. Waterbrash – air liur berlebihan secara tiba-tiba.
  5. Masalah pernafasan.
  6. Kesukaran atau kesakitan ketika menelan.
  7. Pereputan gigi (gigi rosak).
  8. Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam.
  9. Disfagia – Terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak.
  10. Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan.

Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami:

  1. Batuk yang berpanjangan.
  2. Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara.
  3. Asma baru atau semakin teruk.
  4. Tidur terganggu.

Cara hilangkan asid dalam perut adalah dengan melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup anda:

  • Makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan elakkan makan berlebihan
  • Elak pengambilan hidangan berat 2 hingga 3 jam sebelum tidur
  • Berhenti atau hindari tabiat merokok
  • Jika berdepan masalah obesiti, menurunkan berat badan dapat mengurangkan gejala
  • Elakkan memakai pakaian ketat terutamanya pada bahagian perut
  • Tidur dengan meninggikan sedikit bahagian kepala
GERD



Mereka dengan masalah gangguan asid dalam perut juga digalakkan untuk menghindari pengambilan makanan seperti:

  • Makanan berminyak
  • Makanan pedas
  • Coklat
  • Pudina
  • Kopi
  • Makanan yang mengandungi produk tomato
  • Minuman beralkohol

Jika perubahan gaya hidup tidak membantu dan anda masih mengalami pedih ulu hati, adalah mustahak untuk berjumpa doktor kerana mungkin terdapat masalah lain yang menjadi puncanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال