1. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berkahwin/beristeri lebih dari 4 dalam satu masa. . Para ulamak yang mahir al quran dan hadis sepakat haram kahwin lebih daripada 4. Maka kita tak boleh ikut Nabi sallallahu 'alaihi wasallam kahwin/beristeri lebih dari 4 dalam satu masa.
2. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tak pernah ajar zakat online. Namun kita ikut para ulamak membenarkan bayar zakat online.
3. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam haram terima zakat dan sedekah. Maka menurut ulamak ia hanya khusus untuk Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Kita ikutlah para ulamak, boleh terima zakat, sedekah dan hadiah.
4. Hadis/Sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam walaupun sahih, ada yang telah dimansukhkan, ada yang khusus untuk Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sahaja, ada yang muhkamat, mutasyabihat. Para ulamak feqah yang mendalami dan memahami hadis yang banyaknya berjuta tu lebih tahu cara berinteraksi dengan hadis.
5. Ini perkara asas yang biasa dipelajari dalam usul feqh, ulumul hadis. Ulamak adalah pewaris Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
6. Contoh rare yang terkeluar dari isu di atas yang dibuat Kamilain - Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tak ajar lukis muka joker, tapi dia buat. Sebab mungkin dia belajar itu adalah bid'ah duniawi walaupun prinsip yang dipegang setiap bid'ah adalah sesat.
7. Contoh lain macam no 6, buat perkampungan atas nama sunnah, pelayaran sunnah. Begitulah adanya.
Sumber; https://www.facebook.com/SunniMalaysia