Dalam Posting kali ini admin ingin memberikan Cara Merawat Penyakit GERD. Anda mungkin mengalami penyakit Gastroesophageal Reflux Disease atau GERD. Asid refluks berlaku apabila kandungan dalam perut masuk semula ke dalam esofagus. Ianya juga dikenali sebagai regurgitasi. Jika gejala asid refluks berlaku melebihi dua minggu
Dalam sesetengah keadaan, GERD boleh menyebabkan kesukaran menelan dan masalah pernafasan seperti batuk dan sesak nafas.
Punca Asid Refluks dan Cara Merawat Penyakit GERD
Pada bahagian hujung esofagus terdapat bukaan yang dikawal oleh otot sekeliling dinding esofagus. Ianya akan terbuka apabila makanan sedang ditelan dan tertutup semula selepas itu.
Asid refluks berlaku apabila bahagian ini tidak berfungsi dengan sempurna dan menyebabkan kandungan dari perut masuk semula ke dalam esofagus untuk naik ke kawasan mulut.
Rawatan asid refluks atau GERD
Untuk mencegah dan mengurangkan gejala GERD, doktor akan menggalakkan perubahan tabiat makan dan pengambilan ubat.
Antara ubat yang boleh melegakan asid refluks adalah:
- Antasid
- H2 reseptor blocker
- Proton pump inhibitors (PPIs)
Dalam sesetengah kes, Cara Merawat Penyakit GERD doktor akan memberikan ubat H2 receptor blockers atau PPIs yang lebih kuat. Jika masih tidak berkesan, pembedahan boleh dilakukan.
Pembedahan
Dalam kebanyakan kes, perubahan gaya hidup sudah cukup untuk mencegah dan mengurangkan gejala GERD. Walaubagaimanapun kadangkala pembedahan masih diperlukan.
Sebagai contoh, pembedahan boleh dilakukan jika perubahan gaya hidup dan ubat masih tidak mengurangkan gejala atau jika berlaku komplikasi disebabkan GERD.
Pengesanan asid refluks
Jika doktor mengesyaki anda mengalami GERD, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai gejala yang berlaku.
Antara prosedur yang boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis atau memeriksa komplikasi GERD termasuklah:
Barium swallow: pesakit perlu meminum cecair barium dan X-ray akan dilakukan untuk memeriksa fungsi esofagus.
Endoskopi bahagian atas: tiub dengan kamera akan dimasukkan melalui mulut ke dalam esofagus untuk memeriksa bahagian dalaman dan mengambil sampel jika perlu.
Manometri esofagus: tiub fleksibel akan dimasukkan ke dalam esofagus untuk memeriksa kekuatan otot esofagus.
Pemeriksaan pH esofagus: sejenis alat akan dimasukkan ke dalam esofagus untuk menentukan jika terdapat cecair dari perut yang masuk ke dalam esofagus.