Mengawal Simptom GERD Penyakit gastroesophageal refluks, atau lebih mudah dikenali sebagai asid refluks, berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut.
Masalah asid refluks ini boleh mengakibatkan kerengsaan pada lapisan esofagus anda.
Tanda dan Mengawal simptom GERD yang biasa dialami termasuklah:
- Sakit dada
- Loya atau muntah
- Nafas berbau
- Waterbrash – air liur berlebihan secara tiba-tiba
- Masalah pernafasan
- Kesukaran atau kesakitan ketika menelan
- Pereputan gigi (gigi rosak)
- Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam
- Disfagia – Terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak
- Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan
Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami:
- Batuk yang berpanjangan
- Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara
- Asma baru atau semakin teruk
- Tidur terganggu
Simptom GERD boleh dirawat atau tidak?
Untuk menjawab persoalan itu, sememangnya simptom GERD boleh sembuh.
Terdapat 4 pendekatan untuk merawat dan melegakan simptom GERD. Ia termasuklah pengambilan ubat-ubatan tertentu dan juga prosedur pembedahan.
Dalam kebanyakan kes, individu yang mengalami asid refluks akan bertindak balas dengan baik terhadap kombinasi perubahan gaya hidup dan rejimen ubat.
Namun, ada juga kes di mana penghidap GERD tidak mendapat kelegaan daripada rawatan tersebut dan perlu menjalani pembedahan.
Pembedahan biasanya menjadi pilihan alternatif bagi individu yang tidak mahu bergantung kepada pengambilan ubat seumur hidup.
GERD boleh sembuh melalui kaedah:
- Perubahan gaya hidup dan diet
- Ubat
- Terapi endoskopi
- Pembedahan
Perubahan gaya hidup dan diet pemakanan
Perubahan diet dan amalan gaya hidup adalah langkah pertama untuk merawat simptom GERD.
Ini kerana terdapat makanan tertentu yang menjadikan gejala asid refluks lebih teruk.
- Menurunkan berat badan jika mengalami masalah obes atau berat berlebihan — daripada semua perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan, ini adalah yang paling berkesan.
- Elakkan makanan yang meningkatkan kadar asid di dalam perut, termasuk minuman berkafein.
- Elakkan makanan yang mengurangkan tekanan pada esofagus bawah seperti makanan berlemak, alkohol dan pudina.
- Elakkan makanan yang mempengaruhi peristalsis (pergerakan otot di saluran pencernaan), seperti kopi, alkohol dan cecair berasid – minuman buah citrus.
- Elakkan makanan yang melambatkan pengosongan gastrik, termasuk makanan berlemak.
- Hindari pengambilan hidangan makanan dalam saiz yang besar.
- Berhenti merokok.
- Jangan berbaring sejurus selepas makan. Tinggikan bahagian kepala ketika berbaring.