Kes Viral Suami Pukul Isteri, Rupanya Isteri Engan Rujuk

Suami Pukul Isteri

Kejadian yang berlaku Suami Pukul Isteri di Tasik Bandar Darulaman, Jitra, Kedah itu memaksa orang awam masuk campur untuk meleraikan pergaduhan tersebut, yang berpunca daripada ke enganan isteri rujuk semula dengan suaminya.

 
Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan pergaduhan pasangan suami isteri depan anak. Dalam rakaman itu, anak dilihat menangis dan cuba mempertahankan ibunya daripada dipukul bapa.


Memetik laporan Harian Metro, si suami dipercayai naik berang apabila isterinya enggan kembali hidup bersama. Suspek dipercayai bertindak memukul belakang badan serta menarik rambut mangsa.


Pasangan itu kini dalam proses untuk berpisah dan mereka tinggal berasingan sejak 8 November lalu.


Video Tular Suami Pukul Isteri

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, suspek kini diburu polis selepas video tersebar di media sosial.


Suspek dikatakan berhenti memukul mangsa dan lari selepas orang awam menggertak mahu membuat laporan polis.


Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan. Kini pihak polis masih berusaha untuk mengesan suspek.


Ketika kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek, namum si suami tidak menerima tindakkan isterinya dan meminta Rujuk semula.


Suspek dipercayai memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu.


Katanya lagi, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu membuat pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di belakang pasar Changlun namun rumah didapati berkunci dan tiada orang.


Sumber; Harian Metro.

Post a Comment

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال